We find trusted, local florists for you

12 Pilihan Terbaik untuk Penghantaran Bunga di KL, Kuala Lumpur dan Lembah Klang

6 Pilihan Terbaik untuk Penghantaran Bunga di Kuala Lumpur

Malaysia adalah tempat tinggal untuk beberapa jenis bunga yang terindah di Asia. Kebun-kebun bunga dan tapak-tapak semaian di Cameron Highlands menanam bunga-bunga premium yang pasti akan menarik perhatian peminat bunga. Jika anda keberatan hendak mengunjung ke kebun-kebun bunga yang jauh jaraknya, anda sentiasa boleh memesan mereka secara online.

Perkhidmatan penghantaran bunga berikut di Kuala Lumpur dan Lembah Klang bukan sekadar mencipta gubahan bunga yang cantik menggunakan bunga-bunga Malaysia, mereka juga boleh dipercayai akan menghantarkan pesanan anda tepat pada masanya.

1. A Better Florist

Best Flower Delivery Klang, Shah Alam, Petaling Jaya | A Better Florist

TERBAIK UNTUK Disesuaikan untuk bajet berlainan, gubahan bunga moden
SIZE PILIHAN Kecil, Kurasi
JULAT HARGA MYR 85 – MYR 440
BAYARAN PENGHANTARAN Penghantaran pada hari yang sama ke mana-mana tempat di KL dan Lembah Klang
LAMAN WEB www.abetterflorist.my
INSTAGRAM @abetterflorist
HUBUNGI [email protected] | +65 3163 1525

A Better Florist sudah dikenali di Singapura sebagai salah satu perkhidmatan penghantaran bunga yang terpantas. Perniagaan mereka berkembang ke Malaysia, sumber bunga-bunga premium mereka adalah dari alam semula jadi. Mujurlah mereka juga mengekalkan penghantaran bunga KL yang pantas dengan terjaminnya penghantaran bunga dalam masa 90 minit secara percuma ke semua lokasi KL dan Lembah Klang! Pesanan sebelum 3:00 petang akan dihantarkan pada hari yang sama.

Selain daripada penghantaran bunga yang pantas, penjual bunga berbakat mereka juga akan mengarang boket dan gubahan bunga pada hari pesanan dibuat untuk memastikan bentuk dan kesegaran maksimum pesanan anda. Gubahan bunga yang moden dengan sentuhan pedesaan menggunakan pembalut burlap atau bekas yang dibalut dengan tali untuk bunga-bunga mekar.

2. Pureseed

Best Flower Delivery Services in Kuala Lumpur | Pureseed

TERBAIK UNTUK Gubahan bunga yang besar dan mewah
SIZE PILIHAN Besar
JULAT HARGA MYR 65 – MYR 620
BAYARAN PENGHANTARAN Bermula dari MYR 10
LAMAN WEB www.pureseed.com.my
HUBUNGI [email protected]

Sekiranya anda tidak kisah melayari katalog bunga yang banyak kandungannya, maka koleksi besar Pureseed berbaloi untuk anda mengambil masa melayarinya. Anda boleh menyempitkan carian anda dengan menapiskan jenis majlis dan harga. Mereka mempunyai pelbagai pilihan dari boket bajet rendah hingga ke gubahan bunga besar dan mewah untuk pelanggan yang murah hati. Mereka menawarkan penghantaran bunga pada hari yang sama ke KL dan Lembah Klang untuk pesanan sebelum 1:00 petang.

3. 50Gram

Best Flower Delivery Services in Kuala Lumpur | 50Gram

TERBAIK UNTUK Boket video
SIZE PILIHAN Kecil
JULAT HARGA MYR 68 – MYR 268
BAYARAN PENGHANTARAN Bermula dari MYR 18
LAMAN WEB www.50gram.com.my
INSTAGRAM @50gram.com.my
HUBUNGI [email protected]

50Gram adalah satu-satunya penghantaran bunga KL yang menawarkan boket video. Dengan servis ini, boket dilengkapi dengan video yang tersendiri di mana penerima boleh melihatnya dengan mengimbas kod QR. Mereka menawarkan boket kecil dan biasa untuk bajet yang berlainan. Penghantaran bunga ke KL, Lembah Klang dan Pulau Pinang adalah antara pukul 12:00 petang hingga 6:00 petang.

4. Dear J Flower

Best Flower Delivery Services in Kuala Lumpur | Dear J Flowers

TERBAIK UNTUK Kotak-kotak bunga
SIZE PILIHAN Sederhana
JULAT HARGA MYR 88 – MYR 698
BAYARAN PENGHANTARAN Penghantaran percuma untuk KL dan Petaling Jaya
LAMAN WEB www.dearjflower.com
INSTAGRAM @dearjflower

J Flower mempunyai galeri kotak bunga yang hebat untuk memenuhi keperluan pelbagai majlis. Sesetengah boket telah digubah bersama dengan coklat dan hadiah tradisional supaya anda dapat memberi tanggapan yang baik kepada orang yang anda sayangi. Anda juga boleh memilih boket tangan dari seleksi mereka untuk hari jadi, ulang tahun atau Hari Ibu. Penghantaran bunga adalah percuma untuk Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

5. BloomThis

Best Flower Delivery Klang, Shah Alam, Petaling Jaya | BloomThis

TERBAIK UNTUK Langganan bunga
SIZE PILIHAN Kecil
JULAT HARGA MYR 60 – MYR 349
BAYARAN PENGHANTARAN Penghantaran percuma ke Lembah Klang dan sebahagian kawasan terpilih di KL.
LAMAN WEB www.bloomthis.co
INSTAGRAM @bloomthis
HUBUNGI [email protected]

Kotak bunga yang unggul ini bukan sekadar cantik sahaja, mereka juga praktikal dan boleh dikitar semula. Harga seleksi dari MYR 60 hingga ke MYR 300. Peminat bunga juga boleh melanggan penghantaran boket tersendiri mingguan mereka, sama ada sebagai hadiah mahupun untuk menyerikan rumah anda. Penghantaran bunga KL pada hari yang sama untuk pesanan sebelum 1:00 petang.

6. Summer Pots Florist

Best Flower Delivery Services in Kuala Lumpur | Summer Pots

TERBAIK UNTUK Gubahan bunga yang mewah
SIZE PILIHAN Besar
JULAT HARGA MYR 75 – MYR 2,388
BAYARAN PENGHANTARAN Bayaran penghantaran berbeza mengikut kawasan.
LAMAN WEB www.summerpots.com.my
HUBUNGI +603-2856 7775 / +6012 238 6519 | [email protected]

Jika anda tidak keberatan berbelanja untuk boket dan gubahan bunga, Summer Pots Florist mempunyai pelbagai produk bunga mewah untuk anda. Kedai online mereka yang mesra pengguna, memudahkan anda menyelesaikan transaksi dengan selamat. Anda juga boleh menyemak perkhidmatan bunga lain yang ditawarkan mereka sekiranya anda mempunyai minat dalam pengaturan meja dengan bunga segar atau anda ingin mendapatkan konsultasi untuk acara dan pelancaran.