We find trusted, local florists for you

12 Pilihan Terbaik untuk Penghantaran Bunga di Malaysia

The 11 Pilihan Terbaik untuk Penghantaran Bunga di Malaysia

Majlis istimewa memerlukan bunga yang indah untuk mencerahkan, menyerikan dan menceriakan hari seseorang. Mujurlah ada beberapa penghantaran bunga Malaysia yang hebat untuk pilihan anda. Kedai-kedai bunga online ini menghantarkan bunga-bunga segar ke pelbagai lokasi negara-negara, sesetengah daripada mereka menghantarkannya tanpa kos tambahan!

1. Vin Florist and Gifts

Best Flower Delivery Services in Kuala Lumpur | Vin Florist

(Source)

TERBAIK UNTUK Bunga untuk pembukaan rasmi
SIZE PILIHAN Sederhana – Besar
JULAT HARGA MYR 85 – MYR 720
BAYARAN PENGHANTARAN Kadar rata MYR 10.60 untuk penghantaran KL
LAMAN WEB www.vinnflorist.com
INSTAGRAM
HUBUNGI +603-6276 7278 / +6012-307 7278 / +6012-212 5333 |  [email protected]

Vin Florist and Gifts menghantarkan bunga setiap hari dari 10:30 pagi hingga 6:00 petang. Untuk memastikan kepuasan pelanggan, mereka memberikan satu tukaran percuma atau penggantian untuk pesanan anda, tertakluk kepada penyiasatan. Kotak bunga belon mereka amat sesuai untuk dijadikan bunga hari jadi dan bunga tahniah untuk kelahiran bayi, walaupun galeri mereka yang paling popular dan ekstensif adalah bunga pembukaan rasmi dan boket tangan.

2. Bloom2u

Best Flower Delivery Services in Malaysia | Bloom2u

(Source)

TERBAIK UNTUK Bakul-bakul bunga
SIZE PILIHAN Besar
JULAT HARGA MYR 120 – MYR 350
BAYARAN PENGHANTARAN Bergantung pada lokasi, dikira semasa semak keluar.
LAMAN WEB www.bloom2u.com
INSTAGRAM @bloom2u
HUBUNGI +603 7887 6262 | [email protected]

Bloom2u mempunyai bakul bunga yang sempurna untuk ibu anda pada Hari Ibu atau sebagai bunga ulang tahun untuk seseorang yang istimewa. Waktu penghantaran untuk Kuala Lumpur dan Selangor adalah dari pukul 10:00 pagi hingga 8:00 malam, kecuali hari Ahad dan hari cuti umum. Untuk penghantaran bunga pada hari yang sama, pesan dan bayar sebelum 12:00 petang. Mereka juga mempunyai empat kedai fizikal jika anda hendak melihat bunga sendiri. Kedai-kedai mereka terletak di Empire Shopping Gallery (Subang Jaya), Damansara Uptown 3 (Damansara Utama) dan Dataran Prima (Petaling Jaya).

3. McClient Florist

Best Flower Delivery Services in Malaysia | McClient Florist

(Source)

TERBAIK UNTUK Boket tahniah
SIZE PILIHAN Besar
JULAT HARGA MYR 120 – MYR 2500
BAYARAN PENGHANTARAN Bergantung pada lokasi
LAMAN WEB www.mcclientflorist.com.my
INSTAGRAM
HUBUNGI +60 3 7876 2966 | [email protected]

McClient Florist bermula sebagai pemborong bunga tiruan kepada kedai bunga Malaysia pada tahun 1980-an. Kini mereka telah menubuhkan syarikat bunga sendiri. Setiap hari, mereka menghantar gubahan bunga segar yang dibuat mengikut pesanan ke Lembah Klang, Selangor dan Kuala Lumpur. Masa penghantaran standard mereka adalah antara 9:30 pagi-5:00 petang, Isnin hingga Sabtu. Untuk penghantaran bunga Malaysia pada hari yang sama, pesanan perlu dibuat sebelum pukul 1:30 petang. Anda boleh menghantar e-mel kepada mereka butir-butir majlis dan lokasi untuk mendapatkan sebut harga termasuk bayaran penghantaran.

4. Bamboo Green Florist

Best Flower Delivery Services in Malaysia | Bamboo Florist

(Source)

TERBAIK UNTUK Bunga-bunga takziah
SIZE PILIHAN Sederhana – Besar
JULAT HARGA MYR 140 – MYR 650
BAYARAN PENGHANTARAN Bermula dari MYR 15
LAMAN WEB www.bambooflorist.com.my
INSTAGRAM @bambooflorist
HUBUNGI +6012 477 8120 ; +604 3315644 | [email protected]

Laman web Bamboo Green Florist yang bersih dan jelas adalah selaras dengan rekaan bunga mereka yang bersih dan klasik. Mereka mencerahkan bunga mereka dengan dedaun yang minimum supaya tidak terebut tumpuan bunga. Penghantaran bunga Malaysia mereka meliputi hampir semua kawasan, termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

5. Pureseed

Best Flower Delivery Services in Kuala Lumpur | Pureseed

(Source)

TERBAIK UNTUK Gubahan bunga yang besar dan mewah
SIZE PILIHAN Besar
JULAT HARGA MYR 65 – MYR 620
BAYARAN PENGHANTARAN Bermula dari MYR 10
LAMAN WEB www.pureseed.com.my
INSTAGRAM
HUBUNGI [email protected]

Pureseed menghantarkan bunga Malaysia terutamanya untuk KL dan Lembah Klang. Jika anda menghendaki pesanan anda dihantar pada hari yang sama, anda perlu membuat pesanan anda sebelum jam 1:00 petang. Mereka mempunyai katalog yang mengandungi banyak boket dan gubahan bunga, jadi kemungkinan besar anda akan mendapatkan hadiah yang sesuai untuk majlis anda. Anda juga boleh memilih bunga mengikut jenis majlis atau julat harga bajet untuk mempercepatkan carian anda.

6. 50Gram

Best Flower Delivery Services in Kuala Lumpur | 50Gram

(Source)

TERBAIK UNTUK Boket video
SIZE PILIHAN Kecil
JULAT HARGA MYR 68 – MYR 268
BAYARAN PENGHANTARAN Bermula dari MYR 18
LAMAN WEB www.50gram.com.my
INSTAGRAM @50gram.com.my
HUBUNGI [email protected]

50Gram menghantarkan bunga ke KL, Lembah Klang dan Pulau Pinang antara 12:00 petang hingga 6:00 petang. Ia adalah satu-satunya penghantaran Malaysia yang menawarkan boket video. Perkhidmatan tambahan ini membenarkan pelanggan untuk menambah video peribadi di mana penerima boleh melihatnya dengan mengimbas kod QR yang dihantar bersama dengan boketnya. Mereka menawarkan boket kecil dan biasa.

7. Dear J Flower

Best Flower Delivery Services in Kuala Lumpur | Dear J Flowers

(Source)

TERBAIK UNTUK Bunga kotak
SIZE PILIHAN Sederhana
JULAT HARGA MYR 88 – MYR 698
BAYARAN PENGHANTARAN Penghantaran percuma untuk KL dan Petaling Jaya
LAMAN WEB www.dearjflower.com
INSTAGRAM @dearjflower
HUBUNGI

Kotak bunga sudah menjadi satu trend fesyen dan semakin popular, Dear J Flower mempunyai banyak koleksi kotak bunga yang bergaya untuk pilihan anda. Sebahagian gubahan bunga mereka telah digabungkan dengan hadiah tambahan seperti coklat, mainan untuk bayi yang baru lahir dan hadiah-hadiah untuk pelbagai acara atau majlis. Penghantaran bunga ke KL dan Petaling Jaya adalah percuma.

8. Summer Pots Florist

Best Flower Delivery Services in Kuala Lumpur | Summer Pots

(Source)

TERBAIK UNTUK Gubahan bunga mewah
SIZE PILIHAN Besar
JULAT HARGA MYR 75 – MYR 2,388
BAYARAN PENGHANTARAN Percuma untuk kawasan KL tertentu, kawasan lain bermula dari MYR 10
LAMAN WEB www.summerpots.com.my
INSTAGRAM
HUBUNGI +603-2856 7775 / +6012 238 6519 | [email protected]

Summer Pots Florist menawarkan perkhidmatan penghantaran bunga Malaysia untuk Lembah Klang, KL dan Selangor, serta lokasi terpilih di luar Lembah Klang. Penghantaran bunga pada hari yang sama hanya ditawarkan untuk KL dan Selangor di mana pesanan diterima sebelum 12:00 petang. Anda boleh melayari koleksi bunga Malaysia mereka yang berjumlah besar untuk semua majlis dan berbelanja dengan mudah di kedai online mereka.

9. Michelle’s Flowery

Best Flower Delivery Klang, Shah Alam, Petaling Jaya | Michelle's Flowery

(Source)

TERBAIK UNTUK Bunga-bunga dekoratif
SIZE PILIHAN Secara pra pesan
JULAT HARGA Harga berbeza. Disediakan atas permintaan.
BAYARAN PENGHANTARAN
LAMAN WEB www.facebook.com/michellesflowery
INSTAGRAM @michellesflowery
HUBUNGI +601151172484 | [email protected]

Pengasas Flowery Michelle, Michelle Latif, adalah seorang florist yang belajar sendiri dalam bidang gubahan bunga, berminat untuk menginovasi dan mencipta rekaan bunga yang jauh lebih baik dari rekaan generik. Jika anda lebih suka rekaan tersendiri daripada memilih gubahan bunga standard, pengubahsuaian adalah keistimewaan Michelle’s Flower. Selain daripada boket, hamper dan kotak topi, mereka mencipta gubahan bunga dekoratif, seperti linkaran bunga dan bunga gantung untuk menghiaskan rumah anda dengan rekaan yang berbeza.

10. The Scarlet Flower

Best Flower Delivery Services in Kuala Lumpur | The Scarlet Flower

(Source)

TERBAIK UNTUK Kotak bunga dan perkiraan bunga pereka
SIZE PILIHAN Secara pra pesan
JULAT HARGA Harga berbeza. Disediakan atas permintaan.
BAYARAN PENGHANTARAN
LAMAN WEB www.facebook.com/thescarletflower.asia
INSTAGRAM @thescarlet.flower
HUBUNGI

Untuk bunga-bunga pereka, The Scarlet Flower mungkin adalah penghantaran bunga Malaysia yang ideal untuk anda. Kotak bunga dan boket pereka mereka digubah penuh dengan bunga-bunga fokus dan bukannya pengisi lain untuk mendapatkan efek maksimum. Anda juga boleh memesan gubahan bunga yang diubahsuaikan mengikut cita rasa anda jika anda mengingini sesuatu yang lebih peribadi dan unik. Dengan adanya pereka belon, sebahagian gubahan bunga mereka digabungkan dengan belon-belon untuk gubahan bunga hari jadi mahupun bunga ulang tahun.

11. A&E

Best Flower Delivery Services in Kuala Lumpur | A&E

(Source)

TERBAIK UNTUK Boket desa tersendiri
SIZE PILIHAN Secara pra pesanan
JULAT HARGA Harga berbeza. Disediakan atas permintaan.
BAYARAN PENGHANTARAN
LAMAN WEB www.aekl.co
INSTAGRAM @aeklco
HUBUNGI

Gubahan bunga A & E menggubah bunga mereka dengan unsur bukolik dan kehijauan sambil menonjolkan keindahan bunga-bunga utama.  “Studio kreatif floral & multidisciplinary lo-fi” memberi tumpuan kepada gubahan bunga peribadi mereka. Tidak seperti kebanyakan kedai bunga online di Malaysia, gubahan bunga dari A & E berbeza setiap pesanan bergantung kepada bunga-bunga yang tersedia. Jadi, jika anda bersedia untuk mendapatkan sesuatu yang mengagumkan, biarkanlah mereka menggubah bunga-bunga Malaysia untuk anda.